Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE SESI WEBINAR UNIVERSITY FOR SOCIETY SIRI 1 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, kerjasama serta hubungan di antara universiti dan masyarakat telah terjalin erat setelah sekian lama. Cadangan konsep pelaksanaan University for Society adalah berdasarkan “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”, dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015-2025 di mana “Quadruple Helix Engagement Model” menjadi paksi utama kepada konsep University for Society.
3. Sehubungan dengan itu, sesi webinar University For Society (U4S) siri 1 pada tahun 2021 secara maya akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 22 Jun 2021 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari
Pautan: Facebook Official KPT
https://www.facebook.com/
Panel Utama
YB Dato’ Mansor bin Haji Othman
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Panel Jemputan
Tuan Mohd Sharil Abdullah
Pengarah
Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM)
Prof. Dr. Loh Teck Chwen
Pengarah/Ketua Sekretariat U4S
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM
Prof. Dato' Aileen Tan Shau Hwai
Pengarah
Asia Pasific University-Community Engagement Network (APUCEN), USM
Moderator
Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Osman
Timbalan Pengarah
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM
4. Kementerian ini dengan penuh takzimnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama dalam sesi webinar tersebut.
5. Kesudian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk turut serta bersama dalam sesi webinar tersebut amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGAI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
URUS SETIA
SESI WEBINAR UNIVERSITY FOR SOCIETY SIRI 1 2021