Jemputan Ke Info Day - Taklimat Penawaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBrs. Prof./Dr.,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) akan mengadakan ceramah bertajuk "Info Day - Taklimat Penawaran Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021" pada 25 Jun 2021 (Jumaat) jam 10.00 pagi secara langsung di Facebook Yayasan Inovasi Malaysia.

3. Seperti yang pihak YBrs. Prof./Dr. sedia maklum, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan peneraju Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021 dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana bagi inisiatif ini. Pelbagai program telah dirangka bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia. MySI merupakan salah satu program bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

4. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan memohon jasa baik pihak YBrs. Prof./Dr. untuk menguar-uarkan jemputan ini kepada penyelidik di Fakulti/Pusat/Institut/Akademi YBrs. Prof./Dr.

 

Kerjasama daripada pihak YBRs. Prof./Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.