Jemputan Ke Webinar PPIP: Kepentingan Perlindungan Harta Intelek Dalam Keusahawanan, Penyelidikan, Serta Pengajaran Dan Pembelajaran

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) bersama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCEIC) akan mengadakan sesi webinar bertajuk “Kepentingan Perlindungan Harta Intelek Dalam Keusahawanan, Penyelidikan, Serta Pengajaran Dan Pembelajaran” dan akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Puan Asmah Khalid , Pemangku Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Cawangan Sabah. Sesi webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;

 

Tarikh            : 30 Jun 2021 (Rabu)

 

Masa              : 9.00 – 11.00 pagi

 

Kaedah          : Cisco Webex

(https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m8efc5015c2c27f54d550d7a5de045e97)

 

3. Sehubungan itu, pihak PPIP dengan hormatnya menjemput semua kakitangan UMS di Fakulti/Pusat/Institut/Akademi YBrs. Prof./ Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama menyertai sesi webinar tersebut di atas. Bersama jemputan ini dilampirkan poster webinat untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Untuk makluman, khidmat bahasa isyarat juga disediakan.

 

Kesudian YBrs. Prof./ Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri sesi webinar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.