Jemputan Menyertai Pertandingan Inovasi Pereka Kategori Grassroot

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN INOVASI PEREKA KATEGORI GRASSROOT

 

Sukacita pihak Urus Setia PEREKA ingin menjemput YBrs. Prof./Dr./tuan/puan yang mempunyai inovasi/produk bersama usahawan-usahawan Sabah untuk menyertai Pertandingan Inovasi PEREKA Kategori Grassroot.

 

Penyertaan telah dibuka bermula mulai 5 Julai 2021 – 30 Julai 2021. Pertandingan akan diadakan secara atas talian dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada 18 Ogos 2021, di Kemuncak Majlis Penutupan EXCOCIPTA!

 

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi pertandingan ini:

 

Pendaftaran: 5 – 30 Julai 2021

Penilaian: 31 Julai – 13 Ogos 2021

Pengumuman Pemenang: 18 Ogos 2021

 

Layari sistem SMPPPI (https://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx) untuk pendaftaran dan garis panduan permohonan.

 

Jom sertai sekarang!