Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PERPUSTAKAAN (E-RESPON)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan perpustakaan ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada. Sehubungan itu , mohon jasa baik YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan untuk memberi maklum balas dan cadangan penambahbaikan melalui borang kajian kepuasan pelanggan ini.
Kerjasama dan perhatian YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.