Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Masjid UMS akan mengadakan solat sunat Aidiladaha 1442H/2021M pada ketetapan berikut :
Tarikh: 20 Julai 2021 (Selasa)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Masjid UMS
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang dibenarkan untuk solat Hari Raya Aidiladha adalah tuan/puan yang telah lengkap menerima dua (2) dos suntikan vaksin. Tuan/puan juga diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh JHEAINS sepanjang berada didalam Masjid UMS.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
Sekian.