Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS
Pegawai Dihubungi: Encik Ismail Bin Ladama (088-320000 samb.: 103233)
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan ini mempelawa kakitangan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan Bendahari gred Utama C (VU7) di universiti ini.
3. Bersama ini disertakan iklan dan panduan permohonan jawatan berkaitan untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen seperti dinyatakan dalam iklan yang disertakan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2021 (Isnin).
Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.