Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, UMS
Anda pernah terkesan dari ancaman siber seperti fitnah melalui media sosial? Atau, akaun FB, IG atau email anda cuba digodam ataupun digunakan orang lain?
Adakah antara ahli keluarga atau sahabat anda yang terkesan atau mengalami kerugian kewangan disebabkan "scams" atau penipuan siber?
Dalam dunia digital sekarang ini, risiko ancaman siber tidak boleh dielakkan. Oleh itu, bagi meningkatkan kesedaran kita semua, marilah kita sama-sama menyertai webinar ICT di bawah. Anda boleh mengikuti sesi menarik ini melalui Webex atau FB rasmi UMS. Sila kongsikan mesej webinar ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
WEBINAR: CYBER SECURITY – ISSUES AND CHALLENGES OF A “BORDERLESS NATION”
Penceramah: YBhg. Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin
Tarikh: 13 Ogos 2021 (Jumaat)
Masa: 09.00 pagi
Platform: Webex (https://bit.ly/3CmWWFp) dan FB UMS.official
#UMSKampusRahmah