Jemputan Menyertai Program Reality Show MoHE Star Biz Challenge – Taikun Muda

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan Program Keusahawanan: Reality Show MoHE Star Biz Challenge – Taikun Muda yang dijangka akan bermula pada bulan Oktober 2021. Untuk makluman YBhg. Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, salah satu objektif program ini adalah untuk membuka peluang kepada usahawan pelajar menonjolkan diri melalui idea-idea segar, kreatif dan inovatif dan menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan.Peserta akan dibimbing oleh usahawan berjaya tentang ilmu perniagaan dan dana akan diberikan kepada juara bernilai RM50000 beserta sijil dan trofi!

Sehubungan itu, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah mempelawa YBhg.Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini dengan menghantar calon-calon ke https://forms.gle/RpiFJNvKeWywtEFUA untuk tindakan pihak PKPKP selanjutnya. Hanya maksimum lima (5) orang peserta dari Universiti Malaysia Sabah sahaja yang boleh dihantar untuk mengikuti program ini.

CARA PENYERTAAN:
Peserta juga hendaklah menyediakan maksimum empat (4) minit video persembahan yang mengandungi perkara berikut:
i.  Butiran peribadi peserta (Nama, Nama Universiti, Program/Kursus)
ii.  Idea dan strategi untuk memajukan sesuatu perniagaan
iii.   Pengalaman dalam bidang keusahawanan

SYARAT PENYERTAAN:
i. terbuka kepada semua pelajar IPTA, IPTS, dan alumni (kurang dari setahun) di seluruh negara
ii. berusia tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon sebagai peserta program
iii. mempunyai perwatakan dan personaliti yang menarik
iv. penyertaan hanyalah dari warganegara Malaysia sahaja
v) penyertaan hanya boleh dihantar secara individu sahaja

 


TARIKH TUTUP PENYERTAAN DI PERINGKAT UMS :

28 OKTOBER 2021

 

segala kerjasasama daripada YBhg. Prof/ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.