Pencalonan Bagi Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Universiti Malaysia Sabah 1443H/2021M

 

Pengumuman Daripada: Urusetia, Jawatankuasa Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M       

 

Pencalonan Bagi Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Universiti Malaysia Sabah 1443H/2021M (.pdf)   

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M bertujuan untuk memberi penghargaan kapada kakitangan UMS yang telah memberikan sumbangan yang besar dan bermanfaat kepada kecemerlangan UMS dalam aspek akademik, pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan kemasyarakatan bagi mencontohi keperibadian Rasulullah SAW. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti Malaysia Sabah pada tahun ini.

 

Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

  

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah/ Maulidur Rasul Universiti Malaysia Sabah (Lampiran) dan Borang Pencalonan (https://forms.gle/rR7BtmVhvxA1nabXA) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 18 Oktober 2021 (Isnin) sehingga 24 Oktober 2021 (Ahad).

 

Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohammad Fazri Abdul Hamid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam melalui no. telefon: 016-8304687 atau emelkan kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.