Pembukaan Permohonan Baki Akhir Cuti Rehat Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2021 Melalui Sistem HROnline V4.0 Bagi Staf Lantikan Tetap Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Pembukaan Permohonan Baki Akhir Cuti Rehat Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2021 Melalui Sistem HROnline V4.0 Bagi Staf Lantikan Tetap Universiti Malaysia Sabah (.pdf)

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN BAKI AKHIR CUTI REHAT DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TAHUN 2021 MELALUI SISTEM HRONLINE V4.0 BAGI STAF LANTIKAN TETAP UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Cuti Bawa Tahun Hadapan (CBTH) dan Gantian Cuti Rehat (GCR) tahun 2021 bagi staf lantikan TETAP kini boleh dipohon melalui sistem e-Cuti HROnline V4.0 mulai 16 sehingga 30 November 2021. Selaras dengan Peraturan Cuti Pekerja Universiti Malaysia Sabah (Tatacara), Bahagian (IV), Cuti Atas Sebab Perkhidmatan (Cuti Rehat) Perenggan 18 menyatakan bahawa:

 

i. Baki akhir Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan pada setiap tahun adalah tidak automatik dan perlu dipohon.

ii. Baki cuti rehat adalah dianggap sebagai lupus sekiranya staf tidak mengemukakan permohonan.

 

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat memaklumkan semua staf terlibat di bawah seliaan masing-masing untuk membuat perancangan cuti rehat sehingga 31 Disember 2021 dan mengemukakan permohonan CBTH serta GCR melalui pautan https://registrar.ums.edu.my. Adalah dimaklumkan juga bahawa sebarang perubahan atau penyelarasan selepas permohonan CBTH dan GCR ini diluluskan tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, mohon berhubung dengan pegawai berikut:

 

NO.

NAMA PEGAWAI

ALAMAT E-MEL

NO.  SAMB. UC

CATATAN

1

Pn. Rozaidah Hj. Amir Hussein

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

102005

Unit Cuti dan Kehadiran

upck_bsm@
ums.edu.my

2

Cik Rosnah Ahmat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

101306

3

Pn. Bibiana Robert

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

102893

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.