Jemputan Ke Webinar Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) Di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

 

Pengumuman Daripada: Pusat e-Pembelajaran, UMS

 

 

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Dato’Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

JEMPUTAN KE WEBINAR PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG) DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

 

2. Sebagaimana YBhg. Tan Sri/ Dato’Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Pembelajaran Teradun Gantian (Blended Learning Substitute) adalah gabungan di antara pembelajaran secara konvensional (bersemuka) dan pembelajaran dalam talian secara gantian. Sebahagian besar penyampaian (kandungan), perbincangan secara dalam talian dan sebahagian perjumpaan adalah secara bersemuka. Impak kepada pelaksanaan PTG ini adalah memberi galakkan ke arah pendidikan fleksibel, menyokong pendigitalan Pendidikan Tinggi selari dengan keperluan pendidikan pada masa kini.

 

3. Jabatan ini juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (Pembelajaran Dalam Talian) pada tahun 2020 bagi memberikan penerangan lanjut tentang pelaksanaan PTG di Institusi Pendidikan Tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi memberikan penerangan dan menggalakkan lagi pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), satu Webinar Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) di Institusi Pendidikan Tinggi secara dalam talian akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 

 

                               Tarikh         :         25 November 2021 (Khamis)

 

                               Masa           :         2.00 petang - 5.00 petang

 

                               Platform      :         Cisco Webex

 

                               Pautan        :        https://eqrcode.co/a/R3fFoH

 

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.