Jemputan Mengisi Data Keusahawanan Pelajar Tahun 2021

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Setiap tahun, UMS perlu melaporkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi jumlah pelajar yang telah menjalankan perniagaan semasa pengajian tahun semasa. Oleh itu, pihak Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS ingin memohon kerjasama pelajar UMS untuk melengkapkan borang ini  https://bit.ly/datakpums2021 untuk tujuan pelaporan. Pelajar-pelajar berikut amatlah digalakkan untuk melengkapkan borang ini :

 

i) menjalankan perniagaan bagi tujuan aktiviti praktikum kursus/fakulti/program/elektif semester 2 sesi 2020/2021 dan semester 1 Sesi 2021/2022 DAN/ATAU menjalankan perniagaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan dalam tahun 2021

 

DAN/ATAU

 

ii) menerima pembiayaan perniagaan [𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘩𝘢𝘥𝘪𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘪𝘵𝘤𝘩𝘪𝘯𝘨, 𝘨𝘦𝘳𝘢𝘯, 𝘱𝘦𝘮𝘰𝘥𝘢𝘭 𝘢𝘸𝘢𝘭 (𝘢𝘯𝘨𝘦𝘭 𝘪𝘯𝘷𝘦𝘴𝘵𝘰𝘳), 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘮 (𝘤𝘳𝘰𝘸𝘥𝘧𝘶𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨), 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘰𝘬𝘢 (𝘷𝘦𝘯𝘵𝘶𝘳𝘦 𝘤𝘢𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭), 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘪𝘯𝘫𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯].

 

DAN/ATAU

 

iii) pelajar terlibat dengan program inovasi dan teknologi [𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘰𝘷𝘢𝘴𝘪, 𝘣𝘦𝘯𝘨𝘬𝘦𝘭 𝘪𝘯𝘰𝘷𝘢𝘴𝘪 𝘴𝘰𝘴𝘪𝘢𝘭, 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘩𝘶𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶, 𝘩𝘢𝘤𝘬𝘢𝘵𝘩𝘰𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘶𝘮𝘱𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢]

 

DAN/ATAU

 

iv) Syarikat Pemula pelajar berasaskan Inovasi dan Teknologi yang dipacu secara digital

 

kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

NOTA: kami amatlah menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam bidang keusahawanan

"jadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya "

 

Dianjurkan oleh

Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

Universiti Malaysia Sabah

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.