Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS
Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:
Tarikh: 09 Januari 2022 (AHAD)
Anggaran Tempoh: 7 jam (8:00 pagi - 3:00 petang)
Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan terancang sistem elektrik voltan tinggi 11KV.
Lokasi yang terlibat: BANGUNAN PUSAT RAWATAN WARGA (PRW)
Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain Binti Abdullah -013-8791017) atau Penolong Jurutera (En Roland Ripah -019-840 9490)
JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.