Pelanjutan Tempoh Permohonan Projek Public-Private Research Network 2.0 Bagi Tahun 2022 - Fasa 1/2022 (14 Januari 2022 - 25 Februari 2022)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Prof. / Dr.,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut diatas dan e-mel hebahan bertarikh 21 Januari 2022 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1/2022 telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2022 (Jumaat). Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk / Prof. / Dr. adalah dipohon untuk menghebahkan perkara ini di F/A/I/P masing-masing. Penyelidik yang berminat perlu mengemukakan permohonan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di poster hebahan (rujuk lampiran). Sebarang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

3. Dilampirkan bersama ini, pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN 2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./tuan/puan.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Prof. / Dr. amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.