Pembukaan Permohonan Kemudahan Bekerja Dari Rumah Bagi Kakitangan Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan UMS bersetuju untuk memberi kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) / Work From Home (WFH) kepada kakitangan UMS dan kemudahan ini boleh dimohon secara dalam talian mulai 10 Februari 2022. Pelaksanaan kemudahan ini adalah berdasarkan:

 

  • Pekeliling Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2020: Garis Panduan Bekerja Norma Baharu Universiti Malaysia Sabah
  • Pindaan/Tambahan Ke-2 Pekeliling Pendaftar Bilangan 5 Tahun 2020
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah

 

Sekian, terima kasih.