Jemputan Menyertai Bengkel Kefahaman Dan Pengajaran Akidah Bersama Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Bengkel Kefahaman Dan Pengajaran Akidah Bersama Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin (.pdf)

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL KEFAHAMAN DAN PENGAJARAN AKIDAH BERSAMA AL-FADHIL USTAZ RAJA AHMAD MUKHLIS BIN RAJA JAMALUDDIN

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa objektif bengkel tersebut di atas adalah seperti berikut :

a) Memberikan kefahaman yang jelas kepada para Da’ie di negeri Sabah terhadap akidah yang benar dan mudah difahami mengikut perkembangan semasa;

b) Menerangkan kaedah yang sesuai bagi para Dai’e untuk mengaplikasikan pemahaman akidah dalam kehidupan masyarakat Islam di negeri Sabah;

c) Mewujudkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan kakitangan awam di Negeri Sabah khususnya kepada para pendakwah;

 

3.Bengkel tersebut akan diadakan seperti dalam cadangan berikut:

 

Tarikh 

12 – 13 Mac 2022 (Sabtu – Ahad)

Masa  

8.00 Pagi – 10.00 Malam

Tempat

Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Islam UMS dan Secara Dalam Talian

(Bergantung dengan SOP semasa)

Penceramah

YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin

Jum. Mata IDP

10 Jam

 

4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel tersebut di atas (terhad untuk 30 orang sahaja). Bersama dengan ini disertakan borang penyertaan atau pendaftaran melalui pautan (https://forms.gle/L1rHdC2XfXmvvdt26) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 04 Mac 2022 (Jumaat).

 

5. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Mahmud Mahanis (019-852 8404) atau Ustaz Khairul Anuar Bin Jali (016-616 4947).

  

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.