Semakan Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Bagi Tahun Penilaian 2021

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

 

 

YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

 

SEMAKAN MARKAH LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN PENILAIAN 2021

 

Sukacita dimaklumkan bahawa markah LNPT bagi semua kakitangan yang telah mengisi borang e-LNPT dan telah lengkap penilaian kini boleh disemak melalui sistem e-LNPT.

2. Semua kakitangan yang telah mengisi dan lengkap penilaian adalah dipohon untuk menyemak markah masing-masing melalui pautan registrar.ums.edu.my di menu LNPT dan seterusnya membuat pengesahan melalui menu “Semakan Markah”. Jika pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan bersetuju dan berpuas hati dengan markah yang diberikan mohon klik butang “Setuju” dan sekiranya tidak bersetuju dan tidak berpuas hati boleh klik butang ”Mohon Semakan Semula” untuk membuat rayuan semakan semula markah LNPT secara dalam talian.

3. Sekiranya tiada sebarang pengesahan dibuat selepas 31 Mac 2022, pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dianggap bersetuju dan berpuashati dengan markah yang diperolehi. Sebarang permohonan rayuan semakan semula selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

 

Sekian, harap maklum.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.