Jemputan Untuk Mengisi Borang Padanan Penyelidik UMS Dan Usahawan Bagi Program Business Matching 2.0

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

Garis Panduan Geran Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS Tahun 2022 - 12 Mac 2022 (.pdf)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Terlebih dahulu pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah menghadiri Taklimat Potensi Kolaborasi Bersama Usahawan dan Pensyarah yang telah berlangsung pada 10 Mac 2022 yang lepas. Berikut dikongsikan pautan bagi rakaman taklimat untuk rujukan selanjutnya.

 

Pautan bagi Rakaman Taklimat Geran: https://tinyurl.com/Taklimat10Mac22

Recording Password: JrJW8UXJ

 

3. Susulan daripada taklimat tersebut, bersama emel ini dilampirkan pautan bagi borang padanan penyelidik dan usahawan untuk tujuan penyelesaian permasalahan dan bantuan dana inovasi UMS untuk membantu meningkatkan perniagaan mahupun perusahaan mereka.

 

Pautan bagi Borang Padanan Penyelidik dan Usahawan: https://tinyurl.com/BrgPdnnV2

 

4. Bersama ini juga dilampirkan pautan bagi senarai usahawan berserta permasalahan (mengikut kategori) untuk dipilih oleh penyelidik UMS mengikut kepakaran/perkhidmatan masing-masing. Untuk makluman, satu sesi Business Matching 2.0 akan diadakan pada 16 Mac 2022 di antara Penyelidik dan Usahawan yang dipilih. Masa dan pautan perbincangan akan dikongsikan melalui emel pada 15 Mac 2022. Sehubungan itu, mohon jasa baik untuk mengisi borang padanan tersebut sebelum atau pada 14 Mac 2022 (Isnin), jam 11.59 malam.

 

 Pautan bagi Senarai Permasalahan Usahawan: https://tinyurl.com/ListUsahawanV2

 

5. Bersama ini dikongsikan Garis Panduan Geran Inovasi dan Pengkomersialan UMS Tahun 2022 berserta tarikh-tarikh penting untuk rujukan semua pensyarah.

PERKARA

TARIKH

MASA

PLATFORM/ PAUTAN

SASARAN/ TINDAKAN

Padanan Pensyarah dan usahawan

12 – 14 Mac 2022

Sehingga jam 11.59 malam, 14 Mac 2022

Google form

https://tinyurl.com/BrgPdnnV2

PPIP/ Pensyarah

Pemakluman jadual Business Matching 2.0

15 Mac 2022

-

-

PPIP

Taklimat kepada Pensyarah

16 Mac 2022

9.00 – 9.30 pagi

Webex

https://bit.ly/3sFTQtC

Pensyarah

Business Matching 2.0

16 Mac 2022

9.30 pagi – 4.30 petang

Webex

https://bit.ly/3twZNIB

Usahawan/ Pensyarah

Permohonan geran melalui SMPPI dibuka

17 – 25 Mac 2022

-

-

Pensyarah

 

6. Pihak PPIP memohon jasa baik pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua pensyarah di Fakulti/Akademi/Institut/Pusat masing-masing. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan urus setia PPIP, Dr. Rozilee Asid melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Pn. Aqilah Afendy melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.