Hebahan Tawaran Program Geran Pendidikan Untuk Warganegara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

Hebahan Tawaran Program Geran Pendidikan Untuk Warganegara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) (.pdf)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negara Republik Azerbaijan sedang menawarkan Geran Pendidikan Untuk Warganegara Ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Program Geran Pendidikan ini melibatkan tawaran dalam kursus persediaan, sarjana muda, kedoktoran, perubatan am/program residen.

2. Turut dimaklumkan bahawa tawaran kuota maksimum bagi permohonan setiap negara adalah sebanyak empat (4) orang pelajar (2 utama, 2 ganti) dan tarikh akhir bagi permohonan geran penyelidikan adalah pada 1 April 2022 (Jumaat). Sebarang maklumat lanjut berkenaan tawaran Program Geran Penyelidikan ini boleh dirujuk menerusi pautan: https://aida.mfa.gov.az/en/static/22.

3. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Jonathan Lim Jiun Yenn, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Hubungan Antarabangsa di talian 03-88705387. Bersama-sama ini dilampirkan Nota Diplomatik daripada Kedutaan Besar Republik Azerbaijan di Kuala Lumpur dan maklumat lanjut berkenaan tawaran Program Geran Penyelidikan untuk rujukan dan perhatian jua.

Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.