Program Jom Sihat Jabatan Perpustakaan Tahun 2022: Kekal Sihat Melalui Cara Pengambilan Makanan

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

 

YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,

 

PROGRAM JOM SIHAT JABATAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2022 :  KEKAL SIHAT MELALUI CARA PENGAMBILAN MAKANAN.

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Program Jom Sihat Jabatan Perpustakaan : Kekal Sihat Melalui Cara Pengambilan Makanan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh:   8 April 2022 (Jumaat)

Masa:   10.00 Pagi

Kaedah:   Webex

Penceramah:   Dr Sylvester Bin Mantihal

Siri 1:  Taklimat Kesihatan (Kekal Sihat Melalui Cara Pengambilan Makanan) 

                         

3. Adalah dimaklumkan bahawa Mata IDP dan SDP akan diberikan. Bersama ini disertakan pautan untuk perhatian dan rujukan tuan/puan. http://surl.li/boyql

 

Kehadiran dan perhatian  YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.