Permohonan Geran Collaborative Research Programme (CRP)-ICGEB Research Grants Dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants Bagi Tahun 2022 Kini Dibuka

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS

 

 

PERKARA: PERMOHONAN GERAN COLLABORATIVE RESEARCH PROGRAMME (CRP)-ICGEB RESEARCH GRANTS DAN CRP-ICGEB EARLY CAREER RETURN GRANTS BAGI TAHUN 2022 KINI DIBUKA

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.

 

3. ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2022. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:

 

(i)       Basic Life Sciences

 

(ii)       Human Healthcare;

 

(iii)       Industrial & Agricultural Biotechnology; dan

 

(iv)       Bioenergy.

 

4. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2022/02/CRP_Call_2022_Guidelines-1.pdf. Antara permohonan geran CRP-ICGEB Research Grants yang telah terpilih pada tahun 2019 berkaitan kajian terhadap penyakit berjangkit, kanser, penyakit metabolik dan genetik, sains tumbuhan, imuniti, genetik, dan aplikasi bioteknologi adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2020/01/CRPs_awards_2019.pdf.

 

5. Sehubungan itu, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan sekiranya berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2022 (Sabtu). Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2022/02/CRP_online_submission_guidelines_2022.pdf.

 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Puan Siti Zuhaini Abd Samah (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) di talian 03-8885 6394.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.