Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) Memperkasakan Kampus Di Malaysia: ‘FEE Ecocampus Programme’ Dan Ahli Akademik UMS

 

Pengumuman Daripada: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, UMS

 

‘FEE EcoCampus Programme’ yang dinaungi oleh Foundation for Environmental Education (FEE), Denmark dan dikendalikan di Malaysia oleh WWF-Malaysia (2017-2022) dan Green Growth Asia Foundation (mulai 2022) merupakan satu program ESD menerusi penganugerahan antarabangsa demi memperkasakan komuniti kampus, khususnya golongan belia untuk memupuk dan meneruskan pembangunan lestari menggunakan satu kerangka kerja tersusun dan mampu dicapai yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) 2030. Setakat kini, program ini telah memanfaatkan 111,000 orang pelajar pengajian tinggi daripada 7 universiti awam, 8 institusi pendidikan tinggi swasta serta 10 institut pendidikan guru. Jawatankuasa Kebangsaan FEE EcoCampus Programme (NFEC) yang ditubuhkan pada 2017 dipengerusikan oleh KUEH BOON HEE daripada Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS sekarang serta turut dianggotai oleh Dr. ROBERT F. PETERS (IBTP~Pusat Pengurusan EcoCampus, UMS) dan Ir. Ts. Dr. MELVIN GAN JET HONG (Fakulti Kejuruteraan, UMS). Hayatilah ‘Dekad Tindakan PBB’ – Tindakan Global; Tindakan Lokal; Tindakan Manusia! #UMSbahini #BertekadCemerlang

 

[FEE EcoCampus Handbook 2.0 - https://www.wwfmy-esd.com/fecresources]

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.