Pembukaan Permohonan Projek Public-Private Research Network 2.0 Bagi Tahun 2022 - Fasa 2/2022 (18 April 2022 - 18 Mei 2022)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

  

PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 BAGI TAHUN 2022 - FASA 2/2022 (18 APRIL 2022 - 18 MEI 2022)

 

Dengan segala hormatnya perkara tersebut adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 2/2022 pada 18 April – 18 Mei 2022. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:

Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 2/2022 di sistem PPRN (https://epprn.mohe.gov.my/)

:

18 April – 4 Mei 2022

Saringan dan Semakan Peringkat PPIP

:

5 - 8 Mei 2022

Tempoh Penilaian Dalaman

:

9 – 13 Mei 2022

Tempoh Penambahbaikan

:

14 – 16 Mei 2022

Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP

:

17 Mei 2022

Tarikh Penghantaran Permohonan Projek PPRN

:

18 Mei 2022

 

3. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) memohon kerjasama YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/ dan sistem PPRN.

 

4. Bersama-sama ini dilampirkan pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, contoh Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN 2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut:

i. Dr. Rozilee Asid (samb. 101010, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

ii. Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

iii. Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.