Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS
Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, Fakulti Psikologi dan Pendidikan sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:
https://forms.gle/RgD617i91PpoYdGD7
atau dengan mengimbas kod QR di dalam Flyer.
3. Maklumbalas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.
Sekian dan terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"