PERMOHONAN MENGIKUTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) UMS SIRI 2/2022

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, permohonan untuk mengikuti Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 2/2022 telah dibuka manakala tarikh, masa dan kaedah kursus akan dimaklumkan kemudian oleh pihak urusetia.

 

3. Sehubungan dengan itu, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Justeru itu, kepada pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus dengan melengkapkan borang permohonan kursus di pautan berikut: https://bit.ly/3RfXZie sebelum 22 Julai 2022 (Jumaat).

 

4. Bagi Kakitangan Akademik sandangan kontrak, juga dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini tertakluk dengan syarat dan kelulusan Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, UMS. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Puan Delveja Jakin melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / 088-320000 sambungan: 102892 / 012-6604110.

 

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.