Pengumuman Berhubung Dengan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah Bagi Sesi Pengajian 2022/2023

 

Pengumuman Daripada: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

 

Pengumuman Berhubung Dengan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Malaysia Sabah Bagi Sesi Pengajian 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pengajian 2022/2023 UMS akan bermula pada 10 Oktober 2022 (Isnin), dengan pendaftaran pelajar baharu. Pelajar baharu akan mengikuti program Minggu Suai Mesra.

Sesi pengkuliahan akan bermula pada 17 Oktober 2022 (Isnin) untuk semua pelajar lama dan pelajar baharu. Sehubungan itu semua proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara fizikal (F2F) di semua kampus Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan.

Pelajar perlu menyemak jadual kuliah dalam portal masing-masing bagi memastikan perancangan dan persediaan dapat dibuat sebelum kuliah bermula.

Pelajar UMS yang akan kembali ke kampus dikehendaki mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) berkaitan yang dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Aktiviti PdP seperti kuliah, penggunaan makmal, bilik kuliah, perpustakaan dan semua fasiliti di dalam kampus perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Pengumuman ini tertakluk kepada sebarang arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri Sabah, termasuk oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar UMS adalah dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan dan makluman terkini oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.

 

TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

Universiti Malaysia Sabah

7 Julai 2022

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.