Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Education Malaysia Luar Negara, Kementerian Pengajian Tinggi

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

 

YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), KPT seperti berikut:

 

Bil.

Jawatan

1

Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM London

  

Syarat-syarat umum

  1. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkandalam perkhidmatan;
  3. Mempunyai prestasi kerja di tahap 90% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);
  4. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dimohon.
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan pertuduhan SPRM; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik,tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

 Berikut adalah syarat-syarat utama:

 1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di Education Malaysia London

  •  terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52/54 atau setaraf.

2. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggihendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:

  • memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidakkurang daripada dua (2) tahun; atau
  • memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurangdaripada tiga (3) tahun.

 

3. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;

4. Mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;

5. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelulusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan). Kos perbelanjaan yang berkaitan adalah atas tanggungan pegawai;

6. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris;

 

Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:

  1. Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuaisebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum.
  2. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan, polisi dan hala tuju pendidikan tinggi Malaysia.
  3. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa lain (sila nyatakan dalam borang permohonan).

 

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [Pindaan 2020] yang disertakan bersama e-mel ini.

Iklan Kekosongan Jawatan di Pejabat Education Malaysia Luar Negara, Kementerian Pengajian Tinggi (pdf.)

 

Permohonan hendaklahdisertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut: 

  1. senarai tugas pegawai terkini;
  2. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh daripada yang terkini;
  3. satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
  4. satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
  5. satu (1) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang lengkap (bermula perkhidmatan sehingga yang terkini); dan
  6. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2019, 2020 dan 2021).

 

Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukandan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:

 

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Aras 15, No.2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

62200 W.P. PUTRAJAYA

(u.p: Urusan Pengambilan EM)

 

Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 22 Julai 2022. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

 

Temu duga

Hanya calon yang layak dan di senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh enam (6) bulan daripada   tarikh tutup permohonan.

 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghebahkan kepada kakitangan masing-masing berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.