Pengumuman Daripada: Pusat E-Pembelajaran (PEP)
YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, PEP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.
2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut: shorturl.at/dryPR
3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.
Sekian dan terima kasih.