Program HUMS2U: Dry Needling

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sempena progam HUMS2U, sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Universiti Malaysia Sabah akan memberikan perkhidmatan DRY NEEDLING terbuka kepada warga UMS.

Jadi kepada warga UMS yang memerlukan boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan mengisi link borang pendaftaran seperti di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScoCiK1iBo9GkOLJYOLkK8bf8j8mZ4_PSw897bglEnNFEddhw/viewform

🤷‍♀️APA ITU DRY NEEDLING?

- Teknik yang digunakan oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi dan Pegawai Perubatan untuk melegakan masalah otot dan masalah pergerakan yang terhad yang disebabkan oleh rasa sakit pada bahagian anggota badan itu.

🤷‍♀️KENAPA PERLU BUAT DRY NEEDLING?

- Membantu mempercepatkan proses pemulihan rehabilitasi dengan cara menghilangkan trigger point, serta mengaktifkan semula otot yang bermasalah itu.

- Terbukti sangat berkesan untuk menghilangkan sakit badan, lenguh lenguh otot, masalah otot tegang, dan masalah pergerakan yang terhad pada anggota badan.

🤷‍♀️SIAPA YANG PERLU BUAT DRY NEEDLING?

– Atlete

– Ahli bina badan

– Orang yang aktif bersukan

– Orang yang kerja banyak berdiri, berjalan, duduk

– Orang yang kerja berat

– Orang yang kerap rasa lenguh badan

– Orang yang ada masalah pergerakan terhad / terbantut

 

🤷‍♀️APA KESAN LEPAS BUAT DRY NEEDLING?

Lain pesakit, lain masalah dan kadar penyembuhannya. Ada yang terus rasa baik lepas buat 1 sesi dry needling. Ada yang perlu ulang beberapa kali. Dan ada yang rasa effect lambat. Contohnya, lepas seminggu baru keadaan sakit dia hilang. Jadi tak semua orang akan rasa benda yang sama.

Antara rasa dan kesan yang pesakit akan alami lepas buat dry needling ialah :

– Sakit terus hilang

– Sakit berkurang

– Pergerakan dah tidak terhad / terbantut

– Otot lebih fleksible

– Seluruh badan / anggota badan yg buat dry needling tu rasa ringan

 

👉🏻JADI APA TUNGGU LAGI JOM DAFTAR SEGERA. SLOT PERCUMA TERHAD!

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.