Seminar Kebangsaan Pengajian Am (SKPA) 2022

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Assalamu’alaikum WRH WBT/Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Malaysia (JPM), Fakulti Sains Kemanusiaan, dengan kerjasama Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengajian Am (SKPA) 2022 untuk julung-julung kalinya. 

3. Seminar ini penting dalam usaha mengumpul dan membina sinergi antara penyelidik, pensyarah, ilmuan, guru, profesional, pembuat dasar, dan pelajar di dalam dan luar negara.  Selain itu, seminar ini merupakan platform kepada memperkukuh nilai keinsanan supaya selari dengan kemajuan masyarakat Malaysia khususnya dalam membentuk masyarakat yang ideal. Penganjuran Seminar Kebangsaan Pengajian Am Tahun 2022 adalah seperti butiran berikut :

         Tarikh                     : 24 - 25 September 2022 (Sabtu &  Ahad)

         Tempat                   : Dalam Talian (Google Meet)

         Tema                      : Memperkukuh Keinsanan Merentasi Era Digital 

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya YBhg. Tan Sri/ Dato’/Prof./Dr.,Tuan/Puan dapat menghebahkan jemputan ini kepada staf akademik dan pelajar di organisasi YBhg. Tan Sri/ Dato’/Prof./Dr.,Tuan/Puan untuk menyertai seminar ini sama ada sebagai peserta, pembentang kertas kerja atau mengikuti pertandingan inovasi. Bersama-sama ini disertakan surat jemputan dan brosur program untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/Prof./Dr.,Tuan/Puan selanjutnya. Maklumat lanjut mengenai seminar ini juga boleh didapati melalui laman sesawang SKPA 2022 iaitu  http://skpa2022.upsi.edu.my/.

5. Sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada pihak urus setia SKPA 2022, Dr. Nurzaimah binti Asalal melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atau mengikuti Telegram rasmi SKPA 2022 melalui link tersebut https://bit.ly/3yIf50G.

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Dato’/Prof./Dr.,Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.