Permohonan Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) Universiti Malaysia Sabah Siri 2/2022

 

Pengumuman Daripada: Sektor Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia

 

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, permohonan untuk mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) UMS Siri 2/2022 telah dibuka manakala tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian oleh pihak urusetia.

3. Adalah dimaklumkan bahawa  Program Transformasi Minda (PTM) adalah satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Kakitangan yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

Bagi kakitangan sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain boleh memohon pengecualian daripada menghadiri PTM dengan syarat (salinan sijil wajib diberikan kepada pihak urusetia):

         (a) Telah Hadir dengan jaya PTM ; atau
         (b) Telah Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum ; atau
         (c) Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu

4. Permohonan mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) siri 2/2022 adalah melalui pautan https://bit.ly/3woxaiW tarikh tutup permohonan pada 09 September 2022. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia kursus, Puan Delveja Jakin di talian 012-6604110 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih..

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.