Dua Buku UMS Berjaya Menerima Anugerah Buku Negara 2022

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Setinggi-tinggi tahniah kepada Penerbit UMS atas kejayaan dua buku UMS yang berjaya menerima Anugerah Buku Negara 2022 oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara sempena Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku Malaysia dan Forum Kelab Penulis di UPM, Serdang.

Buku "Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism Destination" menerima Anugerah Buku Negara 2022 kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).

Penulis buku adalah terdiri daripada Felo Utama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian; Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim; Pensyarah Kanan FPEP, Dr. Tini Maizura Mohtar dan pensyarah FPEP, Encik Kamarul Mizal Marzuki.

Sementara buku "Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan dan Implikasinya ke atas Negeri Sabah, Malaysia" menerima Anugerah Buku Negara 2022 kategori Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Penyunting buku adalah terdiri daripada barisan ahli akademik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, iaitu YB Dr. Aliakbar Gulasan, Encik Amrullah Maraining, Prof. Madya Dr. Ramli Dollah, dan Dr. Marsitah Mohd. Radzi.

Tahniah!

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.