Penyertaan Pelajar dan Staf ke Sesi Penyertaan Lafaz Ikrar Rukun Negara Secara Serentak di Semua IPT pada 15 September 2022

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan menganjurkan Program Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-65. Program ini berbentuk Lafaz Ikrar Rukun Negara yang bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan semua peringkat kepimpinan mahasiswa di IPT.

Sehubungan dengan itu, Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT akan diadakan dengan Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara secara serentak di semua IPT bagi mencipta rekod Malaysia Book Of Record (MBR). Oleh yang demikian SEMUA PELAJAR DAN KAKITANGAN UMS adalah dijemput bersama-sama dalam Sesi Lafaz Ikrar Rukun Negara yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh          : 15 September 2022 (Khamis)

Masa            : 9.30 pagi - 10.00 pagi (Tentatif disertakan)

Tempat        : Lokasi masing-masing

Sasaran       : Pelajar dan Kakitangan UMS

Kaedah        : Live Streaming dan disiarkan di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)

 

Berikut disertakan Infografik Tatacara Pendaftaran/Penyertaan Lafaz Rukun Negara untuk perhatian selanjutnya. Setiap pendaftaran akan mendapat e-sijil penyertaan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.