Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Jom temui kami di reruai Hospital UMS (HUMS) sempena Program “Kita Demi Negara” Zon Sabah pada 1 & 2 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad) ini bertempat di Pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Pelbagai aktiviti akan diadakan khas untuk para pengunjung yang hadir, antaranya:
- Saringan Kesihatan Asas
- Pameran Klinik Berhenti Merokok
- Pameran Program Hibiscus (HPV Screening)
- Janji Temu dan HPV Screening Menggunakan Klinik Bergerak HUMS (Mobile Clinic) (Untuk golongan B40 yang layak)
Jumpa anda di sana!