Makluman Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Staf Bukan Akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Bagi Sesi Pengajian 2023/2024

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengembangan Profesionalisme, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneruskan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf bukan Akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Gred 41 ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php atau melalui portal rasmi KPT www.mohe.gov.my. Tawaran permohonan ini akan dibuka selama tiga (3) bulan mulai 3 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2022. Permohonan yang diterima selepas jam 5 petang, 31 Disember 2022 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dilampirkan bersama adalah Infografik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf Bukan Akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.