Jemputan Menyertai Pertandingan Kontinjen Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1444H/2022M Peringkat Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan mengadakan Pertandingan Kontinjen Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1444H/2022M peringkat Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:

                      Tarikh    : 28 Oktober 2022 (Jumaat)

                        Masa      : 7.15 Pagi

                        Tempat  : Dataran Masjid UMS ke Pusat Islam

3. Sehubungan itu, kami menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di setiap JAFPIB UMS menyertai pertandingan kontinjen perarakan tersebut. Bersama-sama dengan surat ini disertakan poster pertandingan perarakan kontinjen terbaik, syarat-syarat pertandingan kontinjen terbaik, pelan laluan perarakan dan borang penyertaan pertandingan kontinjen terbaik untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sila klik pautan ini: Syarat-syarat pertandingan kontinjen dan sepanduk