Pengumuman Tarikh Gaji Bulan November Bagi Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

YBhg. Datuk/Datin/YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 November 2022 [MOF/BKSK(S)/600-1/7/6 Jld.3 (24)], Perbendaharaan Malaysia bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP 105 supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara Kerajaan bagi bulan November tahun 2022 dilaksanakan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 3/2022 pada 11 November 2022 dan Jawatankuasa Tetap Kewangan UMS (JTK) Bil.16/2022 pada 15 November 2022 telah bersetuju dan meluluskan pembayaran gaji bulan November dibayar pada 17 November 2022 (Khamis) bagi membantu kebajikan serta kewangan kakitangan UMS dalam menunaikan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum (PRU 15) pada 19 November 2022 (Sabtu). 

 

Sekian, terima kasih.

 

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

 

Sektor Perkhidmatan Kakitangan

Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan

Jabatan Bendahari

17 November 2022

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.