Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
SEMBANG SIHAT “Kesan Endemik COVID-19”
Sempena Program Pasar Buku UMS-DBP 2022, dengan sukacitanya menjemput tuan/puan untuk hadir ke sesi perkongsian seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 23 November 2021 (Rabu)
Masa: 3:00 - 4.00 petang
Tempat: Perpustakaan, Aras Bawah, UMS
Penceramah: Dr. Mohd. Hanafiah Ahmad Hijazi, Ketua, Pusat Kesihatan UMS
Jom datang beramai-ramai! Sama-sama kita meriahkan majlis ilmu.
Semua dijemput hadir. Jumpa anda di sana! 😉
Mata IDP disediakan✨
Penerbit UMS dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah dan Perpustakaan UMS akan menganjurkan Pasar Buku UMS-DBP 2022 pada 22-27 November 2022 bertempat di Perpustakaan UMS.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk:
⭐ Pameran dan jualan buku
⭐ Bicara buku
⭐ Pelancaran buku
⭐ Kempen derma darah
⭐ Pemeriksaan kesihatan
⭐ Kaunseling dan tips pemakanan sihat
⭐ Gerai minuman dan makanan
Semua diundang hadir. Jumpa anda disana.