Kempen Gerobok Buku Buat Bekas Penagih

 

Pengumuman Daripada: Speciality Program on Alcohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS

 

Membaca jambatan ilmu. Namun kebaikan membaca bukan sahaja terhad untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi terdapat pelbagai kelebihan lain yang sudah terbukti menurut kajian sains. Antaranya, membaca boleh membantu menguatkan minda dengan kajian yang dilakukan mereka apabila mendapati bahawa ketersambungan otak meningkat dengan membaca, terutamanya dalam korteks somatosensori, bahagian otak yang bertindak balas pada sensasi fizikal. 

National Institute of Aging (NIH) pula mendapati bahawa dengan membaca, ia akan mengekalkan kesibukan minda apabila usia meningkat dan ini membawa kesan kepada pengekalan dan peningkatan fungsi kognitif otak. Terdapat juga kajian menyatakan bahawa membaca 30 minit dapat menurunkan tekanan darah, degupan jantung, dan perasaan tekanan psikologi, iaitu bersamaan dengan kesan senaman seperti yoga dan jenaka.

Sehubungan dengan itu, tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan membaca dalam kehidupan manusia. Namun bagi penghuni PUSPEN Papar, peluang untuk membaca agak terhad buat mereka kerana kekurangan buku atau majalah untuk dibaca. Sedangkan mereka mungkin antara individu yang paling mendapat manfaat daripada sudut peningkatan fungsi kognitif otak jika peluang membaca diberikan kepada mereka.

Justeru, projek ini yang mendapat inspirasi daripada permintaan seorang penghuni yang mahu membaca, ingin mengumpulkan seberapa banyak buku baru mahupun terpakai daripada pelbagai genre untuk diserahkan kepada pihak PUSPEN seterusnya memberikan manfaat kepada penghuninya.

Kami merayu sekiranya terdapat buku-buku terpakai atau lama yang tidak diperlukan lagi, manfaatkannya atau dermakannya kepada kami untuk disalurkan kepada penghuni-penghuni Puspen Papar yang dahagakan ilmu pengetahuan. Barangkali buku anda boleh mengubah nasib mereka.

Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.