Pembukaan Permohonan Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Bagi Tahun 2023 - Fasa 1/2023 (18 Disember 2022 - 20 Januari 2023)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 1/2023pada 19 Disember 2022 – 20 Januari 2023. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

 

Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian dan mematuhi tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:

 

Tempoh Permohonan Projek PPRN 2.0 Fasa 1/2023 di sistem PPRN (https://epprn.mohe.gov.my/)

:

19 Disember 2022 – 1 Januari 2023

Saringan dan Semakan Peringkat PPIP

:

2 – 5 Januari 2023

Tempoh Penilaian Dalaman

:

6 – 13 Januari 2023

Tempoh Penambahbaikan

:

14 – 16 Januari 2023

Tarikh Akhir Pengesahan pihak PPIP

:

17 – 19 Januari 2023

Tarikh Penghantaran Permohonan Projek PPRN

:

20 Januari 2023

 

  1. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) memohon kerjasama YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/dan sistem PPRN.

 

  1. Bersama-sama ini dilampirkan pautan Google Drive: https://tinyurl.com/pprnums, yang merangkumi Garis Panduan PPRN, contoh Borang Permohonan, Slaid Taklimat PPRN2022, Slaid Penggunaan Sistem epprn, dan Rakaman Video Taklimat untuk makluman dan rujukan lanjut.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut:

  1. Dr. Rozilee Asid (samb. 101010, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  2. Pn. Aqilah Afendy (samb: 120834, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
  3. Pn. Marliana John (samb: 101861, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )

 

Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.