Pengumuman Penting: Pertukaran Platform E-Mel dan Drive daripada Google Workspace Education Fundamental (Gmail & Google Drive) ke Microsoft 365 (Outlook dan Onedrive) Bermula 2 Januari 2023

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

1. Berkuatkuasa 2 Januari 2023, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan Microsoft 365 sebagai medium utama komunikasi bagi E-mel dan Storan Awan menggantikan Google Workspace Education Fundamental (GWEF) selepas mendapat kelulusan daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan mendapat saranan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menggunakan produk microsoft sepenuhnya. Semua Emel bermula pada tarikh berkenaan akan mula diterima melalui akaun Microsoft Outlook (E-Mel) pengguna.

2. Microsoft OneDrive juga akan digunakan menggantikan Google Drive sebagai medium penyimpanan data awan (Cloud Storage) bagi semua warga UMS. Akaun Google Workspace Education Fundamental (Gmail dan Google Drive) sedia ada masih boleh di akses sehingga suatu tempoh masa yang akan dimaklumkan pihak JTMK. 

3. Migrasi Peti E-mel daripada Gmail ke Microsoft Outlook kakitangan akan dilaksanakan oleh pihak JTMK secara berperingkat bermula Dec 2022 dan dijangka sehingga Feb 2023.  

4. Bagi dokumen di dalam Google Drive, migrasi juga akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak JTMK namun adalah amat digalakan bagi pengguna membuat pemindahan dokumen sendiri ke akaun Microsoft OneDrive.

5. Dilampirkan dokumen rujukan:

A.    Manual Pengguna bagi Microsoft 365 (Outlook dan Onedrive) untuk rujukan.

B.    Dokumen kesan dan skop migrasi Gmail dan Google Drive.

6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pentadbir Emel Universiti di talian:

1. Mohd Nizar Bin Hamild @ Hamid - PTMK - (103236) Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2. Mohd Redzuan Abdullah - PPTM (103256) - Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3. Helpdesk JTMK (088-329 000) 

Sila rujuk pautan ini: 

Migrasi Pertukaran Platform E-Mel dan Drive daripada Google Workspace Education Fundamental (Gmail & Google Drive) ke Microsoft 365 (Outlook dan Onedrive)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.