Tawaran Biasiswa dari Kerajaan Republik Turkiye Bagi Tahun 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat UMS

 

Kementerian Pendidikan Tinggi telah menerima pemakluman daripada pihak Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur berhubung penawaran biasiswa oleh Kerajaan Turkiye kepada semua pelajar Malaysia yang layak bagi tahun 2023. Untuk makluman jua, penawaran biasiswa ini terbuka bagi semua peringkat pengajian iaitu peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Permohonan Biasiswa Türkiye bagi tahun 2023 ini TELAH dibuka antara 10 Januari sehingga 20 Februari 2023 bagi semua pelajar antarabangsa dari semua negara. Semua calon yang berminat boleh memohon melalui pautan berikut: https://www.turkiyeburslari.gov.tr/

Antara faedah yang ditawarkan kepada pelajar biasiswa adalah termasuk bonus dan elaun bulanan, yuran pengajian, insurans kesihatan, aktiviti pelajar dan rekreasi, elaun tempat tinggal, elaun tiket kapal terbang selain berpeluang menyertai program-program universiti. Para pelajar juga boleh mengambil peluang untuk mendaftar ke dalam kursus-kursus masa pendek Program Pembelajaran Bahasa Turkiye.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini di lampirkan sesalinan poster hebahan biasiswa tersebut berserta maklumat berkaitan untuk makluman kepada semua calon yang berminat.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.