Pengumuman Daripada: Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan Sesi 2022/2023
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
[CAREER FAIR@FSMP]
Sukacita dimaklumkan bahawa Penasihat Kerjaya dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (PMFSMP) Sesi 2022/2023 Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melancarkan program Career Fair@FSMP pada 30 Januari 2023.
Berikut merupakan perincian bagi program ini:
TARIKH: 30 Januari 2023
MASA: 8 AM - 5 AM
TEMPAT: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
AKTIVITI:
⭐ Pertandingan Memasak
⭐ Seminar Kerjaya
⭐ Pameran Booth industri dan akademik
⭐ Jualan Produk Adabi
⭐ Jualan Makanan Food Truck
Kesemua warga UMS, terutamanya pelajar tahun akhir dan Asasi, dijemput hadir ke program ini. Ini adalah peluang anda untuk mengetahui pilihan sarjana muda yang terdapat di UMS dan peluang pekerjaan sarjana muda anda selepas bergraduasi.
Kod QR kehadiran akan dikongsikan semasa program untuk memperoleh nilai mata SDP anda.
Sekian, terima kasih.