Tawaran Biasiswa Kerajaan Persekutuan Rusia Bagi Tahun Akademik 2023/2024

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan Rusia berbesar hati menawarkan sejumlah biasiswa kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di Rusia. Tawaran biasiswa Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mendidik generasi yang cemerlang dan berkelayakan, serta mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Rusia.

 

  1. Sebanyak 20 biasiswa telah diperuntukkan kepada calon-calon berkelayakan bagi tahun akademik 2023/2024 dan biasiswa yang ditawarkan adalah bagi semua peringkat pengajian, termasuk sarjana muda dan pasca siswazah.

 

  1. Untuk menghantar permohonan, calon-calon perlu mendaftar di laman web rasmi program biasiswa, https://education-in-russia.com/. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk dokumen seperti di lampiran.

 

Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.