Jemputan Menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi 13th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2023

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan

 

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI 13th CREATION, INNOVATION, TECHNOLOGY & RESEARCH EXPOSITION (CITREX) 2023 

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Pahang akan menganjurkan Pertandingan Rekacipta dan InovasiCreation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2022 Kali Ke-13 pada ketetapan berikut:

 

Tarikh:           12 - 14 Mac 2023 (Rujuk Tentatif di Lampiran 1)

Tempat:        Dewan Kompleks Sukan UMP, Kampus Paya Besar

 3.        Antara objektif utama penganjuran CITREX 2023 adalah bertujuan untuk memupuk minat kepada penyelidikan berteknologi tinggi bukan sahaja penyelidik UMP malah penyelidik luar yang terdiri daripada bakat penyelidik muda yang dipupuk sejak peringkat sekolah lagi yang secara langsung dapat membudayakan inovasi dalam masyarakat sejagat.  

4. Sehubungan itu, pihak Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UMP dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempelawa institusi, politeknik, kolej, sekolah YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan rekacipta dan inovasi CITREX 2023 bagi merebut peluang untuk memenangi pingat dan anugerah khas yang bakal dipertandingkan pada tahun ini. Berikut adalah informasi berkaitan CITREX 2023 untuk rujukan pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya:

 

  Pendaftaran

  Link Borang Pendaftaran : https://forms.gle/55QufanaBJbxaqXV6

  Tarikh Akhir Pendaftaran : 15 Februari 2023 (Rabu)

5. Bersama surat jemputan ini, dilampirkan risalah sebagai panduan, rujukan dan hebahan pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/ Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan bolehlah berhubung dengan Sekretariat CITREX 2023 di talian 019-9969454 (Puan Dina Diyana Rastam Tan) / 011-11484809 (Puan Norfatehah Tahir) / emel rasmi:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. / portal rasmi: https://research.ump.edu.my/index.php/citrex-2023 .

 

Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan berkaitan perkara ini amatlah dipohon dan dihargai.

 

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Teknologi untuk Masyarakat”

 

Saya yang menjalankan amanah,

DINA DIYANA BINTI RASTAM TAN

Eksekutif,

Pusat Pengurusan Penyelidikan

Merangkap Sekretariat CITREX 2023



b.p Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Universiti Malaysia Pahang

Merangkap Pengerusi CITREX 2023

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.