Undangan ke 11th University Scholars Leadership Symposium 2023 – United Nations, Bangkok

 

Pengumuman Daripada:  Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

UNDANGAN KE 11TH UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2023 – UNITED NATIONS, BANGKOK

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kepimpinan Ilmuwan Universiti yang ke-11 (11th University Scholars Leadership Symposium - USLS) 2023 akan diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2023 di United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) Conference Centre, Bangkok, Thailand.

 

Dimaklumkan, USLS merupakan program khas yang diadakan untuk mengasuh kapasiti dan bakat pemimpin-pemimpin muda dalam mengusahakan projek berteraskan sosial yang membantu dalam menangani isu seperti perubahan iklim, kemiskinan dan ketidaksamaan.

 

Dengan kolaborasi bersama agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN), seramai 1200 pemimpin muda dari lebih 100 negara ahli PBB disasarkan untuk hadir dan mengambil bahagian dalam simposium ini. Dalam edisi sebelum ini pada tahun 2019, terdapat agensi-agensi yang bernaung di bawah PBB yang telah turut menyertai seperti UNICEF, WFP, UN Women, UNESCO, UNHCR, UNAIDS, UNEP, UN-HABITAT dan UNFPA.

 

Maklumat lanjut berkenaan symposium ini seperti tentatif programsenarai penceramah dan yuran penyertaan boleh diperolehi di capaian berikut https://www.humanitarianaffairs.asia/UniversityScholarsLeadershipSymposium/Overview/

 

Turut dilampirkan bersama-sama ini borang permohonan kepada calon yang berminat dan testimoni daripada Mr Felipe Queipo, Pegawai Komunikasi, United Nations Department of Global Communications, Ibu Pejabat New York untuk makluman lanjut.

Sila rujuk pautan ini: 

UNDANGAN KE 11TH UNIVERSITY SCHOLARS LEADERSHIP SYMPOSIUM 2023 – UNITED NATIONS, BANGKOK

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebarluaskan perkara ini kepada pelajar-pelajar yang berminat di bawah institusi YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan masing-masing amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Tinggi

03-8870 5380

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.