Pembukaan Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Bagi Tahun 2023

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi tahun 2023 kini dibuka dan berikut merupakan makluman penting yang perlu diberikan perhatian: 

 

a) Menggunakan Borang Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)yang TERKINI- BPSM/SP/UCK/1/2022 (Pindaan 2023); 

b) Garis Panduan dan Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui Sistem e-Cuti, HROnline Versi 4.0;

c) Semakan rekod cuti melalui format JPA hendaklah diselesaikan terlebih dahulusebelum mengemukakan borang permohonan ke BPSM. 

d) Bayaran pemberian awal award GCR akan dikreditkan ke akaun gaji kakitangan pada bulan berikutnya daripada tarikh penerimaan borang permohonan yang LENGKAP


3. Sehubungan itu, kakitangan yang berminat dan berkelayakan bolehlah mengemukakan borang permohonan lengkap ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, dipohon berhubung terus dengan Sektor Perkhidmatan, BPSM, Jabatan Pendaftar melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau HotlineBPSM: 088-329 068. 

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.