Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS
Akta Biokeselamatan 2007 telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2009 bertujuan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup [Living/genetically modified organisms (LMO/GMO)] dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai Akta Biokeselamatan 2007 kepada warga UMS terutamanya yang terlibat dengan aktiviti GMO agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam pematuhan Akta Biokeselamatan 2007.
Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan di jabatan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang terlibat dengan aktiviti GMO terutamanya penyelidik adalah dijemput untuk mengikuti taklimat seperti yang dinyatakan pada ketetapan berikut:
TARIKH : 2 MAC 2023 (KHAMIS)
MASA : 9.15 PAGI - 12.00 T/HARI
PLATFORM : Secara atas talian Webex https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m780f3b862568a0b9f5d9f8ffa4ccd052
PENCERAMAH:
DR. MOHANA ANITA ANTHONYSAMY
KETUA PENOLONG PENGARAH,
SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN,
JABATAN BIOKESELAMATAN, KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
✅ Semua dijemput hadir terutamanya penyelidik yang terlibat dengan aktiviti kegunaan terkawal melibatkan organisma diubah suai yang hidup (LMO)
✅ Mata IDP akan diberikan