Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti
YBhg Datuk Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA
Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (CQA) akan menganjurkan sesi kursus bertajuk “Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja”.
Sehubungan dengan itu, dijemput YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri kursus berkenaan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi
Kaedah : Webex (https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m49092dca3161f6e21d6a5adb485dc76e)
Kehadiran YBhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menghadiri kursus ini adalah amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.